August 30, 2015

Pos Menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia ke-58

[English version here]

Selamat sejahtera kawan-kawan,

Jika anda kerap mengikuti berita tempatan, pasti anda telah dengar tentang demonstrasi Bersih 4 akhir minggu ini. Beribu-ribu rakyat Malaysia telah menyertai demonstrasi yang bertumpu di Kuala Lumpur serta di luar negara termasuk Hong Kong (malangnya, saya tidak menghadirinya sebab tidak sihat.)

bersih, bersih 4, malaysia, clean elections, malaysian, yiweilim, yi wei lim, yiweilim blogspot

Serba sedikit pemikiran saya menjelang Hari Kemerdekaan kita yang ke-58 esok:

Gerakan Bersih memang ada faedahnya. Ia merupakan luahan kemarahan dan ketidakpuasan rakyat atas keadaan rasuah yang meluas dalam institusi-institusi kebangsaan, dari judisiari ke perbadanan anti-rasuah ke Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan terutamanya di pejabat Perdana Menteri. Kawan-kawan, jangan kita lupakan kemarahan dan ketidakpuasan ini. 

Namun begitu, terdapat banyak yang kita perlu lakukan bermula dari sekarang ke GE14 pada tahun 2018. Pada masa ini, emosi kita masih berbuak, tetapi untuk memastikan agar kita dapat mengubah situasi pada GE14, kita kenalah bertindak secara pintar, cekap dan logikal.  


Isu persempadanan kawasan pilihan raya masih belum diselesaikan untuk membolehkan representasi yang lebih adil. Secara praktiknya, selagi Barisan Nasional (BN) masih berkuasa mempengaruhi SPR, saya kurang yakin keadaan ini akan berubah. 

Saya membaca beberapa artikel yang bertumpukan partisipasi orang Melayu dalam Bersih 4. Ada di antaranya yang cuba meletakkan isu Bersih 4 sebagai perjuangan orang Cina, atau kepapaan sesetengah masyarakat Melayu yang menyebabkan mereka tidak berupaya untuk mengambil cuti dan menyertai Bersih di KL. Walaupun sebabnya, di sebalik artikel-artikel ini adalah suatu fakta: untuk mengubah keputusan GE14 dan membolehkan parti-parti selain BN bersaing untuk undi, kita harus memberi perhatian kepada rakyat Melayu yang hidup di kampung dan di luar bandar

Mesej kita kepada mereka harus berdasarkan prinsip/kepentingan ekonomik. Mesej kita harus membuat mereka bertanya, apakah faedah BN kepada mereka dan mengapa status ekonomik mereka tidak bertambah baik walaupun Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara telah lama diimplementasikan. 

Satu situasi selari dengan situasi pengundian Melayu luar bandar ialah masyarakat orang putih yang berpendapatan rendah dan beragama Kristian di bahagian selatan Amerika Syarikat. Kita dapat melihat mereka mengundi bertentangan dengan faedah yang diperolehi, disebabkan parti Republikan yang kerap mengapi-apikan divisi kaum dan agama. Ini boleh diaplikasikan kepada parti UMNO yang memperalatkan konsep ketuanan Melayu dan agama Islam untuk memecahbelahkan rakyat dan menimbulkan ketidakpercayaan antara jiran, padahal jika saudara ke akar rumput rakyat Malaysia memang boleh hidup dalam harmoni. Oleh sebab itu, mesej kita harus menekankan bahawa keadaan sekarang di mana rasuah meluas dan institusi kebangsaan gagal berfungsi mempengaruhi kehidupan semua rakyat, bukan berdasarkan kaum, agama atau sama ada di bandar atau di kampung.

Sekarang saudara mesti tanya, apakah peranan diri saya setelah banyak berucap? Sejujurnya, saya masih belum tentu - sebahagian dariku ingin menjadi orang kaya raya biar di Hong Kong atau tempat lain serta tidak mempedulikan keadaan di Malaysia. Apabila kamu melihat dirimu dan ahli keluargamu diketepikan untuk peluang dalam tempat bekerja atau pelajaran hanya kerana kaummu, sukar menghilangkan perasaan pahit dan diabaikan oleh negara tercinta. Yang menariknya, biasiswa yang kuterima dari Kerry Holdings, salah satu syarikat Robert Kuok yang berasal dari Malaysia tetapi bermigrasi ke HK kerana sebab yang dialami saya juga. 

Namun begitu, perasaan hatiku adalah bahawa suatu hari, dalam jangka panjang, saya akan pulang untuk menyumbang kepada negara saya. Dalam jangka pendek, saya merancang untuk belajar, memperhatikan situasi dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman. Di sini, saya menutup pos ini dengan lirik dari lagu "Warisan" dendangan Dato' Sudirman:

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

merdeka, malaysia, tunku abdul rahman, bersih, bersih 4, yiweilim, yiwei lim blogspot
[Imej dari NST]

Selamat Hari Merdeka, kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment